suria

Turun lagi, Malaysia rekod 4,896 kes baharu Covid-19

Malaysia rekod 4,896 kes baharu Covid-19

SEBANYAK 4,896 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat.

Angka terbaharu itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding jumlah kes yang dicatatkan pada Jumaat iaitu 5,551 kes.

ARTIKEL BERKAITAN:Turun sedikit... Malaysia rekod 5,551 kes baharu Covid-19

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,654,474 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan bahawa maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow, https://covidnow.moh.gov.my

"Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," tulis beliau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, kes harian, KKM, Noor Hisham

Artikel Lain