suria

Murid sekolah rendah perlu jalani ujian saringan mingguan setiap Rabu

Murid sekolah rendah perlu menjalani ujian saringan mingguan setiap hari Rabu

UJIAN saringan mingguan Covid-19 untuk murid sekolah rendah akan dijalankan setiap hari Rabu pada hari persekolahan, kata Kementerian Pendidikan.

Kementerian berkata ia akan mengeluarkan surat untuk memaklumkan tentang pelaksanaan ujian mingguan yang mana perlu dijalankan kepada murid-murid secara bergilir-gilir.

“Kami juga menggesa agar amalan ini diterapkan di semua institusi sekolah rendah swasta yang berdaftar di bawah kementerian,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu (27 Nov).

Kementerian itu merujuk kepada pengumuman Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bahawa murid sekolah rendah perlu menjalani ujian saringan mingguan Covid-19 mulai minggu depan.

Beliau berkata ini adalah sebahagian daripada Strategi Ujian Kebangsaan baharu, yang baru diterbitkan oleh kementeriannya.

Ujian perlu dijalankan ke atas sekurang-kurangnya 10 peratus daripada populasi pelajar di sekolah.

Murid-murid akan bergilir-gilir menjalani ujian setiap minggu.

Kementerian Pendidikan berkata ia memuji pengumuman itu, dan akan menjalankan ujian rutin.

“Kami telah membekalkan kit ujian kendiri Covid-19 kepada sekolah rendah di bawah kementerian bagi memastikan usaha saringan dapat dilakukan selaras dengan Garis Panduan Pengurusan dan Operasi Sekolah 3.0,” katanya sambil menambah kementerian sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik dalam semua keadaan. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain