suria

Angkat sumpah 1 pagi, Sulaiman Ketua Menteri Melaka ke-13

Sulaiman mengangkat sumpah dan Taat Setia Jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13. foto Bernama

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13.

Majlis angkat sumpah di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Ayer Keroh selepas Barisan Nasional (BN) diumumkan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berkenaan dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Dewan Seri Utama.

ARTIKEL BERKAITAN: BN tawan PRN Melaka, menang dengan majoriti mudah

Dalam pada itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi hantaran Facebook beliau turut memuat naik gambar istiadat berkenaan.

"Saya dijemput untuk menyaksikan Istiadat mengangkat sumpah Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13.

"Perdana Menteri,Pengerusi BN, Timbalan Pengerusi BN dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN turut hadir.

"Istiadat berlangsung pada awal pagi pukul 1 pagi, 21 November 2021," tulisnya.

BN diumumkan menang dengan majoriti selesa sebanyak 21 kerusi berbanding 28 kerusi yang dipertandingkan.

Sulaiman, sebelum ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka jika BN memenangi PRN Melaka dan ini merupakan kali kedua beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka selepas pertama kali dilantik pada tahun lepas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Artikel Lain