suria

BN tawan PRN Melaka, menang dengan majoriti mudah

Penyokong Barisan Nasional bersorak ketika melihat proses penjumlahan Undi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Command Center Barisan Nasional (BN) malam ini. Foto: BERNAMA.

BARISAN Nasional (BN) memperoleh majoriti mudah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, BN telah meraih majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: BN mendahului majoriti kerusi

Setakat 9.42 malam, BN telah memenangi 15 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Pengisytiharan keputusan PRN Melaka bagaimanapun akan disambung untuk sesi kedua dalam masa terdekat.

Artikel Berikut

Artikel Lain