suria

Angka harian Covid-19 terus menurun, rekod 5,162 kes baharu

Malaysia merekodkan 5,162 kes baharu Covid-19 pada Ahad.

SEBANYAK 5,162 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad.

Angka terbaharu itu menunjukkan penurunan berbanding jumlah kes yang dicatatkan pada Sabtu iaitu 5,809 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,546,309 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan bahawa maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow, https://covidnow.moh.gov.my

"Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," tulis beliau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, CovidNow

Artikel Lain