suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wiski boleh kekal nama Timah tapi perlu ada label tambahan

Wiski boleh kekal nama Timah tapi perlu ada label tambahan

KABINET bersetuju untuk membenarkan syarikat pengeluar wiski jenama tempatan, iaitu Timah untuk mengekalkan namanya dengan syarat mereka perlu meletakkan label tambahan pada botol arak tersebut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bagaimanapun berkata, pengeluar Timah iaitu Winepark Corporation (M) Sdn Bhd (Winepark) perlu menyertakan label tambahan yang menjelaskan bahawa nama Timah sebenarnya merujuk kepada ‘bijih timah’ yang bermaksud bijih besi dalam Bahasa Malaysia.

“Saya telah berjumpa dengan pengeluarnya dan berbincang bagi menyelesaikan isu ini. Selepas itu, saya membentangkan cadangan syarikat itu kepada kabinet dan kabinet bersetuju dengannya.

“Saya berharap kontroversi mengenai wiski Timah dapat dihentikan. Saya telah cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan isu ini," katanya sebagaimana dilaporkan MalaysiaKini yang memetik laporan Sin Chew Daily.

Penggunaan nama Timah pada jenama wiski itu menjadi perdebatan hangat sebelum ini kerana kebimbangan masyarakat umum bahawa ia mungkin mengelirukan pembeli khususnya yang beragama islam. - Sinar Harian

wiski, arah, timah, bijih timah, label

Artikel Lain