suria

Dua tindakan langgar SOP dikesan punca kes Covid-19 kembali meningkat

Kadar kebolehjangkitan di seluruh negara (RO) kini berada pada nilai 1.0.

PENINGKATAN kadar kebolehjangkitan di seluruh negara (RO) yang kini berada pada nilai 1.0 memberi petanda awal bahawa kes Covid-19 dijangka akan meningkat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata nilai R0 telah meningkat kepada 1.0 pada 11 Nov, iaitu lima minggu selepas perjalanan rentas negeri dibenarkan.

“Begitu juga, jika kita lihat situasi sebelum ini, trend peningkatan kes boleh dilihat antara lima hingga enam minggu selepas perjalanan rentas negeri dibenarkan pada 7 Dis 2020 ketika itu,” katanya dalam satu sidang media pada Jumaat ( 12 Nov).

ARTIKLE BERKAITAN : Covid-19 : Angka terus meningkat, 6,517 kes baharu dilaporkan

Dr Noor Hisham berkata, masalah utama bukanlah perjalanan rentas negeri, tetapi isunya adalah apabila orang ramai berkumpul di ruang tertutup serta bercakap dalam jarak yang dekat.

"Beginilah caranya Covid-19 merebak," katanya.

Beliau menambah dengan RO pada 1.0, kes kini dianggap "mendata".

“Ia tidak akan jatuh tetapi akan mendata. Sebelum ini, R0 berada pada 0.8, bermakna terdapat penurunan sebanyak 20 peratus dalam satu kitaran tetapi sekarang, ia akan jadi mendata.

“Jadi, ini petanda awal kes akan meningkat. Ia belum meningkat, tetapi ia akan, cuma ia berada dalam fasa mendata sekarang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Dr Noor Hisham menggesa orang ramai untuk terus memakai pelitup muka serta menggunakan dua lapisan pelitup muka jika boleh.

"Jika kita memakai topeng dua lapis, ia boleh menapis virus kepada kira-kira 86 hingga 90 peratus," katanya, sambil menambah bahawa jika penjarakan sosial di sesuatu kawasan tidak dapat dilakukan, orang ramai boleh memilih untuk memakai pelindung muka.- The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain