suria

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 meningkat kepada 1.0, KKM pantau kemasukan ke hospital

Kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kembali meningkat kepada nilai 1.0.

KADAR kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di Malaysia kembali meningkat kepada 1.0.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memantau kemasukan ke hospital dan lain-lain indikator berikutan Rt negara kembali meningkat.

Menterinya, Khairy menasihatkan orang ramai supaya hadir untuk mendapatkan dos penggalak sekiranya menerima tarikh janji temu.

"Jika anda dapat janji temu untuk dos penggalak, ambil lah.

"Warga emas, elakkan berada di tempat sesak," katanya menerusi menerusi ciapan di laman Twitter beliau, pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi posting di laman Facebook beliau pada Jumaat berkata, Rt pada jangkaan mengikut kes harian pada Khamis (11 November) untuk seluruh negara adalah 1.0.

Nilai Rt merujuk kepada bilangan individu yang akan dijangkiti oleh seseorang menghidap Covid-19.

Menurut perkongsian Dr Noor Hisham, negeri dan wilayah yang mencatat nilai Rt melebihi 1.0 iaitu Selangor (1.03), Kelantan (1.02), Putrajaya (1.16), Kuala Lumpur (1.04), Negeri Sembilan (1.01) dan Pahang (1.01).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain