suria

Covid-19: Angka meningkat sedikit, 6,323 kes baharu

Negara melaporkan 6,323 kes baharu Covid-19 pada Khamis.

NEGARA mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 dengan 6,323 kes dilaporkan pada Khamis berbanding 6,243 kes pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan jumlah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,522,498 kes setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Angka terus meningkat, 6,243 kes baharu

Menurut Dr Noor Hisham, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow.

Data setiap hari bagi laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam.

Sementara itu Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 48 kes Covid-19 varian Delta baharu dikesan di negara ini pada Khamis (11 Nov).

Jelasnya daripada kes itu, 34 kes dari Pulau Pinang, 12 dari Pahang dan dua dari Perlis.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Delta yang dikesan di negara ini kepada 3,570.

"Jumlah kumulatif kes varian Beta ialah 226 manakala terdapat 14 kes varian Alpha," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata setakat Khamis (11 Nov), sebanyak empat kluster baharu dikenal pasti, menjadikan jumlah keseluruhan 288 kluster aktif di Malaysia.

"Daripada empat kluster baharu itu, tiga adalah kluster tempat kerja dan satu daripada institusi pendidikan," kata Dr Noor Hisham.

Dr Noor Hisham juga berkata 5,337 pesakit telah pulih daripada Covid-19.

“Terdapat 538 kes yang memerlukan rawatan ICU dan 274 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, kes harian, KKM, Noor Hisham

Artikel Sebelum

Buka sempadan negara 1 Januari

Artikel Berikut

Artikel Lain