suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Takiyuddin tak hadir Parlimen, dijangkiti Covid-19

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan disahkan positif Covid-19.

DEWAN Rakyat pada Khamis dimaklumkan bahawa Datuk Seri Takiyuddin Hassan positif Covid-19.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu sepatutnya dijadual menjawab soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias ​​Hamid pada sesi pertanyan lisan.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu, beliau mewakili Takiyuddin bagi menjawab soalan berkenaan.

"Saya mewakili menteri (Takiyuddin) oleh kerana menteri masih dijangkiti Covid-19, saya dimaklumkan bahawa saya ambil alih tugasan untuk menjawab perkara yang amat penting ini pada pagi ini," katanya di Dewan Rakyat.

Pada sesi pertanyaan lisan itu, Che Alias bertanya mengenai usaha kementerian memastikan harimau Malaya yang menjadi spesies ikonik negara tidak akan pupus. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain