suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang maut, seorang lagi cedera jatuh roda Ferris di Kajang

Seorang lelaki maut jatuh dari roda Ferris di Kajang. (Gambar File)

SEORANG lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas terjatuh dari roda Ferris di Kajang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Supritendan Mohd Sabri Abdullah, dalam satu kenyataan pada Khamis (11 Nov), berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 12.05 pagi Khamis.

“Seorang pekerja di funfair berhampiran Aeon Jusco Cheras Selatan di sini memberitahu polis bahawa dua lelaki terjatuh dari permainan tersebut.

“Seorang daripada mangsa lelaki berusia 39 tahun meninggal dunia manakala seorang lagi mangsa berusia 30an dikejarkan ke hospital Kajang untuk rawatan.

“Setakat ini, tiada unsur jenayah dikenal pasti dan polis masih menyiasat kes itu bagi mengenal pasti sama ada kejatuhan itu berpunca daripada kecuaian pengusaha funfair, atau mangsa sendiri.

“Kertas siasatan telah diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut,” katanya.

Supritendan Mohd Sabri menggesa semua supaya tidak membuat spekulasi mengenai kejadian itu dan siasatan masih dijalankan. - The Star

Artikel Lain