suria

Hilang punca pendapatan akibat pandemik, sekeluarga terpaksa tinggal dalam kereta

Nizam dan keluarganya tinggal dalam kereta lebih sebulan.

KERETAKU rumahku.

Begitulah nasib sebuah keluarga apabila terpaksa menumpang teduh di dalam kereta selama lebih sebulan apabila mereka diusir keluar daripada rumah sewa.

ARTIKEL BERKAITAN : Konon baby mengidam ‘lori buruk’, suami janji beli kalau posting TikTok lepasi 100,000 like... usahawan wanita tak sabar main air, siap rancang misi bantuan banjir

ARTIKEL BERKAITAN : Rumah mentua dalam hutan tapi siap pakej gunung, sungai dan dusun! Tak payah susah-susah cari tempat bercuti - ”Kalau sebut nak balik Gerik, anak packing awal”

Menerusi kemas kini di Facebook Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), lelaki dikenali sebagai Nizam berkata dia dia hanya mampu menjadikan kereta miliknya sebagai tempat untuk isteri dan anak kecilnya berteduh kerana tidak mampu menanggung kos sewa bulanan akibat kehilangan punca pendapatan.

Jelasnya dia akan bergerak dari satu tempat ke tempat lain demi untuk mencari tempat parkir yang selamat buat mereka sekeluarga bermalam.



Nizam dan keluarganya sebelum ini terpaksa tinggal dalam kereta.

Nizam yang kehilangan kerja disebabkan pandemik Covid-19 terpaksa bergantung kepada wang yang dikeluarkan melalui skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung perbelanjaan harian mereka.

"Sungguhpun ketua keluarga ini kehilangan punca pendapatan sejak pandemik, sara hidup mereka bergantung dengan wang KWSP yang dibenarkan pengeluarannya oleh kerajaan sebelum ini.

"Namun mereka mulai bimbang apabila bantuan yang diterima tersebut telapun ditamatkan," tulis Baitulmal MAIWP.

Nizam dan keluarganya ditemui di perkarangan sebuah masjid ketika mereka berhenti berehat serta menunaikan solat.

Keluarga ini bagaimanapun kini boleh menarik nafas lega apabila nama dicadangkan untuk menerima bantuan sara hidup daripada Baitulmal MAIWP dalam masa terdekat.

"Kami sempat menasihati ketua keluarga ini agar berusaha mencari kediaman yang lebih selesa sementara deposit dan sewa bulanannya akan dibantu oleh MAIWP," tulis mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain