suria

Bajet 2022: Rawatan kesihatan mental dapat pelepasan cukai

Kerajaan memperuntukkan RM70 juta bagi memastikan isu kesihatan mental ini ditangani.

KERAJAAN bercadang untuk meluaskan skop pelepasan cukai pendapatan individu yang mendapatkan pemeriksaan kesihatan mental mereka.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 berkata, kerajaan memperuntukkan RM70 juta bagi memastikan isu kesihatan mental ini ditangani.

"Krisis pandemik ini telah menambah teruk masalah kesempitan hidup, keganasan rumah tangga dan kemurungan sehingga menjadi punca kepada isu kesihatan mental.

"Maka, bajet ini memperuntukkan RM70 juta bagi terus memastikan isu kesihatan mental ini diberi keutamaan, antaranya untuk memperkukuh perkhidmatan sokongan, kaunseling dan psikososial, menambah program advokasi serta memperkasa peranan NGO sebagai penggerak program kesihatan mental.

"Selanjutnya, Kerajaan juga bercadang untuk meluaskan skop pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan pemeriksaan kesihatan meliputi kos khidmat konsultasi pakar psikiatri, ahli psikologi klinikal dan kaunselor yang berdaftar," katanya di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”, Tengku Zafrul berkata bajet kali ini mendokong Tiga Paksi Utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.

Bajet 2022 akan menyediakan sejumlah RM332.1 bilion iaitu tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

bajet 2022, kesihatan mental, MOF, zafrul

Artikel Lain