suria

“Di Rom ikut cara mereka tapi di Malaysia, tolong pakai pelitup muka!” - KJ beri amaran patuhi SOP di negara ini

KJ berkata Kementerian Kesihatan sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai insiden di KLCC itu.

KALAU berada di Rom, ikut cara mereka (tapi) kalau di Malaysia, tolong pakai pelitup muka.

Itu amaran yang dikeluarkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung insiden seorang warga asing yang dikatakan bertengkar dengan pekerja di KLCC kerana keengganannya memakai pelitup muka.

ARTIKEL BERKAITAN: Berang dilarang masuk premis di KLCC kerana tak patuh SOP, wanita warga asing anggap pemakai mask semuanya komunis!

Khairy berkata, kementeriannya kini sedang mendapatkan lebih banyak maklumat daripada pihak KLCC.

"Bila berada di Rom ikut cara mereka.

"Bila berada di Malaysia, tolong pakai pelitup muka. Tak kira apa pun peraturan di tempat lain.

"KKM sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada KLCC," tulisnya di akaun Twitter.

Terdahulu tular video seorang wanita warga asing yang berang apabila dilarang masuk sebuah premis di KLCC.

Video yang dikongsikan pengguna Twitter, @DFEfiercefun itu tular sehingga menyebabkan #Karen dan #KLCC menjadi trending.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain