suria

Kemala meninggal dunia ketika tidur

Sasterawan Negara, Kemala, meninggal dunia ketika tidur

SASTERAWAN Negara, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali dengan nama penanya, Kemala, meninggal dunia ketika tidur pada tengah hari Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN : Berang dilarang masuk premis di KLCC kerana tak patuh SOP, wanita warga asing anggap pemakai mask semuanya komunis!

Berita tersebut disahkan anaknya Ainal Adnin Ahmad dalam satu kenyataan.

"Dengan penuh insaf rendah diri dan dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami Ahmad Khamal Abdullah telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 27 Oktober 2021 hari Rabu, pada pukul 12 tengah hari di dalam tidurnya.

"Sehubungan dengam itu pihak waris dan keluarga telah menetapkan upacara pengurusan jenazah almarhum pada hari ini selepas waktu Zuhur di Surau as-Sahabah, Seksyen 7, Kota Damansara.

"Muslimin dan muslimat, saudara mara kepada almarhum yang jauh dan dekat dengan rendah hati dimohon menghadiahkan al-Fatihah dan mendoakan akan kesejahteraannya di alam kubur dan akhirat kelak," katanya.

Sementara itu Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh Rahamad memberitahu Berita Harian bahawa arwah berada dalam keadaan uzur akibat beberapa penyakit termasuk komplikasi buah pinggang.

Pada 2011, Ahmad,80 dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-11, yang membawa gelaran Sasterawan Negara.



DBP dalam hantaran di Facebook menyifatkan pemergian Allahyarham satu kehilangan yang besar kepada negara.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam hantaran di Facebook, menyifatkan pemergian Allahyarham satu kehilangan yang besar kepada negara khasnya dalam dunia sastera tanah air

"Allahyarham memberikan sumbangan yang besar dalam perkembangan sastera tanah air dan nusantara.

"Allahyarham sentiasa memberikan kerjasama yang sangat baik dan bergiat aktif bersama-sama DBP demi bahasa dan persuratan Melayu," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain