suria

Kertas Pandora: Kerajaan tak halang pihak berkuasa bertindak, tapi mesti ada bukti - PM

Kerajaan tidak menghalang pihak berkuasa daripada mengambil tindakan terhadap individu yang dikaitkan dengan laporan yang didedahkan dalam Kertas Pandora sekiranya mereka terbukti bersalah.

KERAJAAN tidak menghalang pihak berkuasa daripada mengambil tindakan terhadap individu yang dikaitkan dengan laporan yang didedahkan dalam Kertas Pandora sekiranya mereka terbukti bersalah.

ARTIKEL BERKENAAN : Mudah dan selamat! Sejadah pakai buang pertama di Pahang untuk kemudahan musafir

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersikap terbuka dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk bertindak.

"Negara kita terbuka. Kalau didapati ada kes melibatkan sesiapa, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan.

"Kita serahkan kepada pihak berkuasa. Mereka baca semua (laporan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baca berita yang dikeluarkan.

"Jadi berdasarkan itu, kita serahkan kepada pihak berkuasa. Kita tidak menyekat tindakan daripada pihak berkuasa kepada sesiapa pun. Tetapi mesti ada bukti. Jika tiada, tidak bolehlah (ambil tindakan)," katanya dalam sidang media selepas Lawatan Turun Padang Meninjau Penyelenggaraan Lif di Perumahan Awam (PA) Seri Perak, Sentul di sini pada Sabtu.

Kertas Pandora merupakan pendedahan terkini berkaitan dokumen sulit golongan kaya dan berpengaruh dunia yang menyembunyikan kekayaan masing-masing dengan menggunakan perkhidmatan ‘offshore’ atau syarikat berpengkalan di luar negara.

Laporan ini didedahkan Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) yang mendakwa ratusan pemimpin dunia, ahli politik berpengaruh, bilionaire, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah telah menyembunyikan kekayaan mereka sejak 25 tahun lepas.

Antara individu yang dikaitkan menerusi pendedahan berikut ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ahli perniagaan, Tun Daim Zainuddin bersama beberapa ahli keluarganya serta Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Timbalan Menteri Kewangan, Yamani Hafez Musa. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain