suria

Operasi kedai runcit, restoran, stesen minyak sehingga 12 tengah malam

RESTORAN antara perniagaan yang dibenarkan beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam. — BERNAMA

SEMUA kedai makan, kedai runcit, kedai serbaneka dan stesyen minyak akan dibenarkan beroperasi bermula dari 6 pagi sehingga 12 tengah malam, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu berkata, kelonggaran ini akan diberikan untuk semua negeri, tidak kira fasa mana di bawah Program Pemulihan Negara (PPN).

Katanya lagi bagaimanapun ia tidak terpakai untuk kawasan yang diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan yang dipertingkatkan.

Hishammuddin berkata ini merupakan antara keputusan yang dipersetujui semasa Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 yang juga melibatkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Menteri Komunikasi dan Multimedi Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Kata beliau, usul itu akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri akan membuat pengumuman berhubung perkara itu apabila mendapat kelulusan. — The Star

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Operasi, kedai makan, PPN

Artikel Lain