suria

Kes Covid-19 kembali meningkat kepada 15,759, Sarawak kekal rekod tertinggi jangkitan

SARAWAK masih kekal dengan pecahan kes positif tertinggi iaitu sebanyak 3,732 kes.

KES positif baharu Covid-19 di Malaysia pada Selasa direkodkan kembali meningkat kepada 15,759 kes berbanding 14,345, semalam.

Ia menjadikan keseluruhan kes bertambah kepada 2,127,934 setakat ini.

Perkara itu dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di laman sosial Facebook.

Sarawak kekal dengan rekod kes harian tertinggi iaitu sebanyak 3,732 kes, diikuti Johor (1,959) dan Selangor dengan 1,934 kes.

Pulau Pinang memintas Sabah dengan menduduki tangga keempat dengan rekod sebanyak 1,417 kes.

Kelantan juga menunjukkan peningkatan berbanding semalam dengan jumlah positif sebanyak 1,338 kes ditempat kelima disusuli, Sabah (1,291), dan Perak (1,184).

Negeri-negeri lain pula masih mencatatkan rekod di bawah 1,000 kes iaitu Kedah dengan 786 kes, Pahang (707), Terengganu (592), Kuala Lumpur (359), Melaka (264) dan Negeri Sembilan dengan 127 kes.

Putrajaya pula mencatatkan reko di bawah 100 kes dengan jumlah positif sebanyak 34 kes diikuti Perlis (23) dan Labuan (12).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Malaysia, Covid-19, Noor Hisham

Artikel Lain