suria

Makin ramai jadi asnaf akibat PKP, eloklah rezeki dikongsi... bayar zakat di pelbagai saluran PPZ-MAIWP untuk bantuan berterusan

RAMAI yang hilang pekerjaan dan terjejas sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19 sejak tahun lalu, terutama dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah perumpamaan yang dapat digambarkan terhadap masyarakat hari ini yang menerima kesannya, dan terkini adalah pelaksanaan PKP 3.0, menyebabkan permohonan bantuan zakat terus meningkat.

Bagi Wilayah Persekutuan, jumlah penerima bantuan zakat yang terdiri daripada ketua keluarga meningkat sebanyak 35 peratus daripada 43,353 asnaf pada 2019 kepada 59,419 penerima pada 2020.

Tahun ini sahaja, jumlah penerima bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sehingga Jun adalah seramai 47,483 penerima.

Maka sebaik-baiknya kita menunaikan kewajipan berzakat bagi membantu asnaf, sewaktu pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi sepanjang tempoh total lockdown di bawah PKP 3.0.

Dengan situasi yang berlaku ini, bagi yang berpendapatan tetap dan masih bekerja sekali gus memperoleh rezeki bulanan apa kata jika dapat difikirkan sejenak akan kehidupan golongan kurang berpendapatan dan miskin bandar yang tentunya sangat terkesan ini.

Tunai zakat di institusi zakat

Walaupun ramai memilih untuk memberi bantuan secara terus kepada golongan yang terjejas, namun orang ramai dinasihatkan untuk menunaikan zakat di PPZ-MAIWP.

Ini kerana bantuan tersebut dapat dilakukan secara berterusan dan bukannya sekadar one-off (sekali bayar) atau sepanjang tempoh pandemik sahaja.

Setiap pembayaran zakat melalui intitusi zakat yang dilantik juga akan disertakan resit bayaran yang diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk pengecualian cukai.

Jom jadi Hero Asnaf

Tidak dinafikan ramai asnaf baharu yang kehilangan mata pencarian mahu pun antaranya yang sedang berusaha untuk bangkit semula bagi meneruskan kehidupan.

Inilah masanya untuk kita yang masih dikurniakan rezeki dalam waktu yang sukar dan mencabar ketika ini untuk tampil dan berganding bahu membantu mereka yang memerlukan dengan memulangkan hak mereka melalui harta kita iaitu dengan berzakat.

Benarlah kata pepatah, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga.

Dengan pelaksanaan total lockdown, pihak MAIWP mengambil langkah proaktif dengan memperuntukkan lebih RM39 juta untuk dimanfaatkan kepada lebih 77,210 penerima.

Percayalah, lebih banyak kutipan zakat lebih ramai asnaf yang dapat dibantu.

Kaedah alternatif

Orang ramai yang mahu membayar zakat tidak perlu bimbang dengan penutupan kaunter PPZ-MAIWP sepanjang PKP kerana pelbagai saluran alternatif disediakan.

Dalam tempoh pandemik ini, jom tunaikan zakat secara dalam talian yang pastinya lebih cepat, mudah dan selamat:

1. Portal PPZ-MAIWP: www.zakat.com.my

Salah satu saluran bayaran semudah di hujung jari sahaja. Pembayar boleh kira, bayar dan semak penyata bayaran zakat terdahulu.

Pembayar boleh membayar zakat secara dalam talian melalui FPX dengan menggunakan kad debit atau kad kredit perbankan Islam.

2. Aplikasi MyZakat

Bayar zakat boleh melalui aplikasi? Ya betul!

Pembayar boleh kira, bayar dan semak rekod bayaran zakat mereka di mana sahaja dengan lebih cepat, mudah dan selamat.

Aplikasi MyZakat boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store dan Google Play Store.

3. Kaunter Zakat Digital (KZD): bit.ly/kaunterZakatDigital

Sistem yang memudahkan para pembayar zakat mendapatkan perkhidmatan kaunter secara maya. Pegawai zakat akan menghubungi pembayar dalam tempoh 24 jam melalui nombor telefon yang telah didaftarkan oleh PPZ-MAIWP.

4. Skim Potongan Gaji Zakat Online melalui https://ptg.zakat.com.my/

Lebih mudah, jimat masa dan kos para pembayar tanpa perlu ke kaunter. Perbelanjaan lebih terancang tanpa membebankan pembayar untuk membayar zakat sekali gus di akhir tahun. Dapat selaraskan dengan potongan cukai bulanan (PCB).

5. Perbankan Internet melalui 15 bank terpilih.

Klik link ini untuk melihat senarai 15 bank: https://www.zakat.com.my/info-zakat/perbankan-internet/

6. Ejen-ejen yang dilantik oleh PPZ-MAIWP antaranya Shopee, Boost, MyEG, Jompay, GoPayz dan PayHalal.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi di info@zakat.com.my atau melalui Facebook messenger Pusat Pungutan Zakat.

PKP bukan alasan untuk culas bayar zakat

Dengan pelbagai kaedah dan saluran yang disediakan PPZ-MAIWP bukan lagi menjadi alasan untuk kita culas dalam menunaikan rukun Islam ketiga ini.

Yakinlah dengan zakat yang ditunaikan tidak akan memiskinkan kita, malah Allah telah menjanjikan rezeki yang berlipat kali ganda buat hambaNya.

Berzakat menjadikan harta kita sebenarnya lebih berkembang, diibaratkan seperti sebatang pokok, sekiranya kita rajin mencantas rantingnya, maka tentunya ia akan menjadi bertambah subur.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah