suria

3,780 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor kekal rekod kes harian tertinggi

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,275 kes.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 3,780 kes baharu pada Ahad.

Ia menjadikan keseluruhan 470,110 kes setakat ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Perkara itu diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman sosial mereka pada Ahad petang.

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,275 kes diikuti Sarawak (405), Kedah (363) dan Kelantan (357).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 36 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,902 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 36 kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,902 kes," ujarnya.

Sehingga hari ini, 3,990 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 426,319 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 520 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 272 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain