suria

Covid-19: 70 kilang diarah tutup

Sehingga kini kerajaan telah mengarahkan penutupan sebanyak 70 buah kilang sehingga Mei 2021.

MENTERI Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini kerajaan telah mengarahkan penutupan sebanyak 70 buah kilang sehingga Mei 2021.

Beliau berkata, tindakan pantas akan dilakukan sekiranya kes positif Covid-19 dikesan di kilang, di mana Kementerian Kesiahatan Malaysian (KKM) akan segera menjalankan pengesanan kontak rapat.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 4,000! Jangkitan baharu 3,973, Selangor dahului jumlah kes harian tertinggi... 22 angka korban

"Sebenarnya apabila berlaku kes di kilang, KKM akan membuat pengesanan kontak rapat dan yang positif akan diasingkan, manakala kontak rapat dikuarantin.

"Selepas penilaian risiko dibuat, kilang banyak diarahkan tutup oleh kerajaan cuma tak dihebohkan. Yang rakyat tahu hanya isu kilang Top Glove.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sebenarnya, sehingga Mei 2021 sebanyak 70 kilang dah diarahkan tutup kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan perintah oleh kerajaan," ujarnya dalam sidang media pada petang Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanya apakah rasional kerajaan masih membenarkan semua sektor ekonomi beroperasi ketika kes Covid-19 meningkat terutama di kilang.

Sidang media berkenaan turut disertai oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam pada itu ujarnya, penularan virus Covid-19 dalam kalangan pekerja kilang adalah berpunca daripada tempat penginapan yang tidak kondusif.

"Selepas kita lihat punca di kilang, adalah masalah perumahan mereka. Kita buat pindaan Ordinan Darurat iaitu Akta 446 (Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990) dilaksanakan segera supaya tempat tinggal kondusif disediakan," ujarnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain