suria

Jangkitan Covid-19 kekal bawah 2,000... Malaysia catat 1,208 kes baharu, 3 lagi kematian

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,208 kes baharu, menjadikan keseluruhan 324,971 kes setakat Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 15,511 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 379 kes, diikuti Sarawak (251 kes) dan Pulau Pinang sebanyak 142 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Jangkitan baharu 1,354 kes, 4 lagi korban... 158 di ICU

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,213 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 1,973 kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 308,247 kes.

"Sehingga kini, terdapat 155 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 70 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain