suria

Tular foto jual vaksin Covid-19 secara online, Shopee tampil beri penjelasan

Shopee mengingatkan orang ramai bahawa sebarang penyebaran berita palsu berkaitan vaksin juga sedang dipantau oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

KETIBAAN vaksin Covid-19 ternyata membawa sinar harapan dalam usaha mengekang penularan wabak itu di negara ini.

Baru-baru ini, tular sekeping foto memaparkan vaksin Covid-19 Pfizer yang dijual menerusi platform dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tolak ansur, Shopee singkir serta merta penjual telur penyu

Susulan itu, Shopee tampil memberi penjelasan bahawa foto berkenaan disahkan palsu dan tidak dijual menerusi platform mereka.

"Isu penyebaaran foto penjualan vaksin Pfizer Covid-19 di Shopee menerusi Twitter dan WhatsApp sedang dalam perhatian kami.

"Kami boleh mengesahkan bahawa kami tidak menemui senarai berkaitan di Shopee.

"Individu yang menulis tweet itu juga mengesahkan bahawa foto berkenaan adalah palsu," ujar platform e-dagang popular itu menerusi satu kenyataan.

Tambah Shopee, pihak mereka berpandangan bahawa isu kesihatan negara bukanlah satu perkara yang boleh dianggap remeh.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga peka dengan penularan foto palsu itu.

Malah, Shopee mengingatkan orang ramai bahawa sebarang penyebaran berita palsu berkaitan vaksin juga sedang dipantau oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain