suria

Malaysia catat 2,154 kes, 6 lagi korban Covid-19...184 di ICU

Daripada 2,154 kes baharu yang telah dilaporkan, terdapat lima kes import dan selebihnya kes tempatan.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 2,154 kes baharu, menjadikan keseluruhan 310,097 kes setakat Jumaat.

Daripada 2,154 kes baharu yang telah dilaporkan, terdapat lima kes import dan selebihnya kes tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Dibawa warga asing, kes varian Nigeria dikesan di Malaysia

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 794 kes diikuti Johor (463), Sarawak (250) dan Pulau Pinang (119).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, enam kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,159 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan enam kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,159 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan pada Jumaat petang.

Sehingga hari ini, 3,275 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 286,904 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 184 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 87 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain