suria

Jangkitan baharu catat 2,063 kes, 5 lagi korban Covid-19

Malaysia merekodkan 2,063 kes baharu positif Covid-19 pada Khamis.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 2,063 kes baharu, menjadikan keseluruhan 307,943 kes setakat Khamis.

Daripada 2,063 kes baharu yang dilaporkan, 2,054 kes merupakan penularan tempatan dan baki sembilan kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Jangkitan baharu 1,745 kes, tambah 7 lagi korban... 195 di ICU

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 630 kes, diikut Sarawak (361) dan Pulau Pinang (337).

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan lima kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,153 kes," katanya dalam sidang media pada petang Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 2,922 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 283,629 kes.

"Sehingga kini, terdapat 193 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 99 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain