suria

Malaysia catat 3,391 kes baharu Covid-19,19 lagi kematian direkodkan... 310 di ICU

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PRKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,391 kes baharu, menjadikan keseluruhan 234,874 kes setakat Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 48,751 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, negeri Selangor pada Jumaat melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,228 kes, diikuti Johor, 598 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 395 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Di Selangor sahaja lebih 2,000 kes! Malaysia catat 4,571 jangkitan baharu Covid-19, pertambahan 17 kematian

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 19 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 845 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Jumaat.

Beliau berkata, sebanyak 3,392 kes telah pulih Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 185,278 kes.

"Sehingga kini, terdapat 310 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 134 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain