suria

Di Selangor sahaja lebih 2,000 kes! Malaysia catat 4,571 jangkitan baharu Covid-19, pertambahan 17 kematian

Malaysia merekodkan 4,571 kes baharu, menjadikan keseluruhan 231,483 kes setakat Khamis. Gambar hiasan

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 4,571 kes baharu, menjadikan keseluruhan 231,483 kes setakat Khamis.

Daripada 4,571 kes baharu itu, sebanyak 4,568 tempatan manakala baki tiga kes adalah jangkitan luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 48,771 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Selangor kekal melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,056 kes, diikuti Johor (664) dan Kuala Lumpur (481).

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Selangor kekal catat kes harian tertinggi... 4,284 jangkitan baharu di seluruh negara, 18 lagi kematian

Dr Noor Hisham juga memaklumkan terdapat pertambahan 17 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 826 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 4,092 kes telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 181,886 kes.

"Sehingga kini, terdapat 308 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 135 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain