suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Selangor kekal catat kes harian tertinggi... 4,284 jangkitan baharu di seluruh negara, 18 lagi kematian

Malaysia merekodkan 4,284 kes baharu pada Rabu. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 4,284 kes baharu, menjadikan keseluruhan 226,912 kes setakat Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 48,309 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,572 kes, diikuti Johor (964) dan Kuala Lumpur (651).

ARTIKEL BERKAITAN: 21! Angka kematian tertinggi akibat Covid-19, Malaysia rekod 3,455 kes baharu... 327 di ICU

Dr Noor Hisham juga memaklumkan terdapat pertambahan 18 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 809 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 3,804 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 177,794 kes.

"Sehingga kini, terdapat 307 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 141 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain