suria

“Kita masih belum gagal” - Ismail Sabri perbetul tanggapan terhadap kerajaan, kajian dapati Malaysia di tangga ke-16 kecekapan urus Covid-19

Malaysia berada di kedudukan ke-16 dalam kajian yang dilakukan Lowy Institute berkenaan kecekapan menguruskan Covid-19. Gambar hiasan.

SEMUA sedia maklum bahawa negara merekodkan jumlah kes positif Covid-19 yang tinggi saban hari.

Situasi ini secara tidak langsung memberikan gambaran seolah-olah kerajaan tidak cekap untuk menangani penularan virus berkenaan, yang setakat ini sudah merekodkan jumlah kumulatif melebihi 200,000 kes.

Bagaimanapun, tanggapan sedemikian disangkal oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP 2.0 dilanjut hingga 18 Februari, rentas negeri masih dilarang

"Apabila angka positif Covid-19 terus meningkat dan mencatatkan empat angka, ramai yang menganggap kita gagal dalam menyelesaikan isu pandemik ketika ini.

"Kita pernah berjaya sekali tetapi kita masih belum gagal. Ini terbukti melalui hasil kajian yang dilakukan oleh Lowy Institute iaitu sebuah badan pemikir berpusat di Sydney, Australia terhadap Malaysia berkenaan kecekapan menguruskan Covid-19.

"Malaysia berada di kedudukan ke-16 daripada 98 buah negara, mengatasi beberapa negara terkemuka di Asia antaranya Jepun dan Korea Selatan dengan skor diberikan ialah 71 peratus," katanya menerusi sidang media harian pada petang Khamis.

Kerajaan pada ketika ini melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 selama dua minggu lagi iaitu hingga 18 Februari susulan jumlah kes positif masih belum merekodkan penurunan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menepis tanggapan ramai di mana apabila kerajaan melaksanakan PKP 2.0, ramai yang menganggap kononnya kerajaan tidak mempunyai pelan strategik dalam menangani Covid-19.

Tegas Ismail Sabri, kerajaan telah membentangkan 5 Pelan Strategik oleh KKM dan 10 Pelan Strategik oleh MKN yang mana maklumat terperinci mengenai pelan ini akan dibentang dalam masa terdekat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain