suria

Kes dera: Reman ibu kandung, bapa tiri dilanjut 7 hari

Polis melanjutkan tempoh tahanan reman selama tujuh hari ke atas ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak lelaki tujuh tahun. -gambar hiasab

REMAN terhadap seorang ibu kandung dan bapa tiri dilanjutkan selama tujuh hari, berhubung kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dipercayai didera.

Kedua-dua suspek yang merupakan pasangan suami isteri berusia 37 dan 32 tahun, akan direman sehingga 12 Februari bagi membantu siasatan.

Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi membenarkan perintah sambung reman sehingga 12 Februari ini terhadap pasangan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Babai adik! Jenazah Amir selamat dikebumi di Melaka - "Prosesnya sangat mudah diiringi angin, sejuk, tenang"

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Pada 29 Jan lalu, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya, di Taman Krubong Jaya di Melaka.

Kanak-kanak malang itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian pada kira-kira 4 petang, namun siasatan awal polis mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain