suria

Malaysia catat 3,306 kes Covid-19, angka kematian keseluruhan cecah 605 setakat Isnin

Malaysia merekodkan 3,306 kes positif Covid-19 pada Isnin.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 3,306 kes baharu, menjadikan keseluruhan 161,740 kes setakat Isnin.

Daripada 3,306 kes baharu yang telah dilaporkan, tujuh merupakan kes import dan selebihnya merupakan penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: PM umum Permai kurangkan beban rakyat... ini intipati bantuan yang perlu anda tahu!

Antara negeri dengan kes jangkitan harian tertinggi termasuklah Selangor dengan 1,213 kes diikuti Sabah (432), Johor (329), Kuala Lumpur (250) dan Negeri Sembilan (126).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, empat kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 605 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan empat kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 605 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 2,293 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 122,344 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 226 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 94 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain