suria

Covid-19: 30 peratus rakyat dijangka terima vaksin tahun depan - PM

Seramai 9.6 juta atau 30 peratus rakyat Malaysia dijangka memperoleh vaksin Covid-19 tahun hadapan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. -gambar hiasan

SATU permulaan yang baik buat rakyat Malaysia yang selama ini menantikan vaksin Covid-19 sejak pandemik melanda negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, seramai 9.6 juta atau 30 peratus rakyat Malaysia dijangka memperoleh vaksin Covid-19 tahun depan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan telah menandatangani dua perjanjian bagi tujuan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Berita baik! Malaysia tandatangan perjanjian dapatkan vaksin Covid-19, bakal tampung keperluan imunisasi 6.4 juta rakyat

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal disalur percuma buat rakyat, kerajaan tak bercadang wajibkan pengambilan vaksin Covid-19

Pada Jumaat, beliau mengumumkan kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian awal dengan syarikat farmaseutikal Pfizer untuk mendapatkan 12.8 juta dos bekalan vaksin Covid-19 bagi menampung keperluan imunisasi untuk 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia.

"Selain perjanjian dengan Pfizer, kerajaan juga telah menandatangani perjanjian dengan fasiliti COVAX untuk mendapatkan vaksin Covid-19 bagi menampung keperluan imunisasi 10 peratus rakyat Malaysia.

"InsyaAllah, kita akan menerima bekalan vaksin secara berperingkat mulai suku pertama tahun depan," kata beliau yang juga merupakan Presiden Bersatu dalam ucapan dasar semasa Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang dibuat secara maya pada Sabtu.

Muhyiddin berkata, beliau yakin dengan akses kepada vaksin itu serta usaha berterusan untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik berkenaan, Malaysia akan berjaya mengawal sepenuhnya kes jangkitan sekali gus membantu memulihkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. - Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain