suria

Covid-19: Malaysia rekod 972 kes pada Isnin, 8 lagi jadi korban... enam kluster baharu dikesan

Malaysia merekodkan 972 kes baharu pada Isnin. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 972 kes baharu, menjadikan keseluruhan 41,181 kes setakat Isnin.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 11,308 kes, di mana pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 972 kes baharu yang telah dilaporkan, lima merupakan kes import manakala baki selebihnya adalah penularan dalam negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat lagi kematian akibat Covid-19,852 kes baharu direkodkan

Sabah masih merekodkan kes tertinggi dengan 370 kes pada Isnin.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan lapan kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kematian 294 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan pertambahan lapan kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 294 kes," katanya dalam sidang media pada Isnin petang.

Sehingga hari ini, 1,345 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kes pulih keseluruhan adalah sebanyak 29,579 kes.

Untuk rekod semasa, 86 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, enam kluster baharu dikesan iaitu Kluster Nahaba, Kluster Numbak, Kluster Perigi, Kluster Seri Terapi, Kluster Padang dan Kluster Harmoni.

Berikut ringkasan kes kematian pada Isnin:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Sabah, kluster baharu

Artikel Lain