suria

Empat lagi kematian akibat Covid-19, 852 kes baharu direkodkan

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kalaka Abdul Wahad Aziz melakukan ujian saringan Covid-19 yang diadakan secara pandu lalu di pekarangan bangunan DUN Sarawak yang bermula kira-kira pukul 9.30 pagi pada Jumaat lalu. - fotoBERNAMA

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 852 kes baharu, menjadikan keseluruhan 40,209 kes setakat Ahad.

Daripada kes baharu yang telah dilaporkan, 13 merupakan kes import manakala selebihnya adalah penularan dalam negara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan empat kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kematian 286 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan empat kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 286 kes," katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Sehingga hari ini, 825 kes telah pulih dan dibenarkan discaj.

Untuk rekod semasa, 94 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, dua kluster baharu dikesan iaitu Kluster Putra (Bintulu, Sarawak) dan Kluster Kuarters yang melibatkan daerah di Tongod, Telupid dan Kinabatangan, Sabah.

Ringkasan kes kematian hari ini:

1. Lelaki berusia 66 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit jantung.

2. Perempuan berusia 81 tahun yang meninggal di Hospital Tawau dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kanser payudara.

3. Lelaki berusia 62 tahun dari Perak yang meninggal di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

4. Perempuan berusia 62 tahun dari Kedah yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kronik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Dr Noor Hisham

Artikel Lain