suria

Bangkai helikopter dibawa keluar guna treler ke Subang untuk siasatan BSKU

Bangkai helikopter tersebut dinaikkan ke treler untuk dibawa ke Subang untuk siasatan lanjut. - fotoBERNAMA

BANGKAI helikopter yang terhempas di Taman Melawati di sini pada 11.50 pagi Ahad dibawa keluar menggunakan treler ke Subang untuk siasatan lanjut oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata bangkai helikopter itu akan diuruskan syarikat kendalian helikopter terbabit.

“Setakat ini, pasukan bomba dan pasukan kendalian syarikat helikopter itu sedang mengetuk serpihan-serpihan bangkai helikopter untuk diletakkan ke atas sebuah treler, ” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nampak helikopter tu saya dah rasa sangsi” - Abang kongsi detik cemas, cuba hubungi Irfan tapi tak dapat

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa nahas helikopter minta tolong ‘bubuh warna’ pada foto hitam putih... netizen tunai permintaan! - “Arwah baru post ni semalam”

Beliau berkata helikopter malang yang terhempas itu tidak mempunyai kotak hitam kerana ia dikategorikan sebagai pesawat ringan.



Nahas itu menggorbankan dua nyawa.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati proses untuk mengeluarkan bangkai helikopter itu menggunakan dua buah kren dan sebuah treler panjang.

Menurut sumber polis, bangkai helikopter itu dibawa keluar dari kawasan tersebut pada kira-kira 6.15 petang.

Dalam insiden itu, dua lelaki maut manakala dua lagi termasuk seorang wanita selamat dalam nahas melibatkan dua buah helikopter yang dipercayai berlanggar di udara sebelum sebuah daripadanya terhempas di kawasan semak di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain