suria

Masih 4 angka... Malaysia catat 1,009 kes baharu Covid-19,6 lagi kematian

saringan 3

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,009 kes baharu, menjadikan keseluruhan 36,434 kes setakat Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 10,503 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 1,009 kes baharu yang dilaporkan, 1,000 kes adalah penularan tempatan dan sembilan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Korban Covid-19 bertambah 8 lagi, direkodkan 1,032 kes baharu... 82 dirawat di ICU

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan enam kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 277 kes," katanya pada sidang media, petang Khamis.



Butiran kes kematian terkini pada Khamis.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 839 kes telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 25,654 kes.

"Sehingga kini, terdapat terdapat 78 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat lima kluster baharu dikesan pada Khamis.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kes, Covid-19, Dr Noor Hisham Abdullah,

Artikel Lain