suria

PKPB: Hanya 10 peratus pekerja tertentu dibenar hadir ke pejabat

Menurut Datuk Seri Azmin Ali menerusi satu kenyataan, pekerja terlibat terhad untuk hadir secara fizikal ke pejabat selama empat jam dari 10 pagi hingga 2 petang dalam tiga hari seminggu.

SITUASI semasa Covid-19 yang memuncak di negara ini memaksa ramai individu untuk bekerja dari rumah.

Terbaharu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) bersetuju membenarkan maksimum 10 peratus pekerja untuk hadir ke pejabat.

Ia susulan arahan bekerja dari rumah (WFH) pada Selasa yang merangkumi pekerja sektor awam dan swasta dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut menterinya, Datuk Seri Azmin Ali, ketetapan itu merangkumi tugas-tugas seperti perakaunan, kewangan, pentadbiran, undang-undang, peracangan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Dalam pengumuman itu, ia menjelaskan mereka terhad untuk hadir secara fizikal ke pejabat selama empat jam dari 10 pagi hingga 2 petang dalam tiga hari seminggu.

"Syarikat tidak perlu mengemukakan permohonan untuk tujuan ini. Majikan hanya perlu mengeluarkan surat pelepasan perjalanan untuk setiap pekerja yang dibenarkan bekerja semasa PKPB.

"Majikan perlu menetapkan garis panduan bekerja dari rumah yang sesuai dengan keperluan syarikat masing-masing," katanya dalam satu kenyataan pada hari Rabu. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain