suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Hajiji, isteri dibenar keluar hospital

Hajiji (kanan) dan isteri dibenarkan keluar dari hospital.

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datuk Seri Julia Salag, yang dimasukkan ke hospital kerana Covid-19, telah discaj pada Ahad.

Pasangan itu dibenarkan pulang pada Ahad setelah dimasukkan ke hospital lebih seminggu yang lalu.

Hajiji mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang telah banyak membantu merawatnya dan isteri serta pesakit Covid-19 yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah positif Covid-19, Hajiji dirawat di hospital

Beliau menasihati orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana negara kini memerangi virus yang membawa maut itu.

"Kerajaan negeri berusaha sebaik mungkin untuk mencegah penularan virus. Kita semua perlu bekerjasama dengan disiplin yang tinggi untuk menang perjuangan ini," katanya.

Terdahulu, Hajiji menjalani kuarantin kendiri setelah menjadi kontak dengan seorang pesakit Covid-19, yang merupakan salah seorang kakitangannya.

Pada 9 Oktober lalu, dilaporkan beliau bersama isterinya dimasukkan ke hospital setelah pasangan itu didapati positif Covid-19. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain