suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas menteri, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin meninggal dunia

Jenazah akan dikebumikan di Gopeng, Perak.

TATKALA Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dilaksanakan, negara turut dikejutkan dengan pemergian bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, 82, pada Jumaat malam.

Allahyarham meninggal dunia pada kira-kira 11.52 malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi Majlis Perundingan Melayu (MPM).

"Solat jenazah akan diadakan di Bukit Damansara selepas solat subuh hari Sabtu, 17 Okt 2020 (hari ini). Namun demikian, kami mohon maaf SOP PKPB hanya mengizinkan 20 orang sahaja untuk melaksanakan solat jenazah.

"Jenazah akan dikebumikan di Gopeng, Perak," menurut MPM dalam hantaran itu.

Menerusi hantaran itu juga, MPM memohon agar orang ramai dapat mendoakan Allahyarham dan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan para solihin. - BERNAMA.

Jenazah akan dikebumikan di Gopeng, Perak

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain