suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga minyak naik bermula tengah malam ini

Harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.68, RON97 (RM1.98) dan diesel (RM1.74).

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik satu sen seliter, manakala diesel naik lima sen seliter bagi tempoh 17 hingga 23 Oktober ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.68, RON97 (RM1.98) dan diesel (RM1.74).

Menurut kenyataan itu, kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.- BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain