suria

Lelaki warga emas di Kedah korban ke-126 Covid-19... 17 kes baharu direkodkan

Malaysia catat 17 kes positif Covid-19 pada Sabtu.

PENULARAN Covid-19 merekodkan 17 kes baharu pada Ahad, menjadikan keseluruhan 9,334 kes di negara ini.

Daripada 17 kes itu, 15 merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala selebihnya merupakan penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada perbarisan besar-besaran, tahun 2020 jadi saksi sambutan Hari Kebangsaan dalam norma baharu

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat satu kes kematian, menjadikan keseluruhan 126 kes setakat ini.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak adalah sebanyak 126 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 10 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 9,048 kes pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, tujuh kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kluster baharu dikesan iaitu Kluster MV Glen di Selangor dan Kluster Telaga di Kedah.

Berikut perincian kes kematian hari ini:

-Kes kematian ke-126 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 75 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) dan penyakit jantung.

-Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Beliau mula mempunyai gejala batuk dan sesak nafas pada 7 Ogos dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah bagi jangkitan paru-paru (pneumonia).

-Beliau discaj pada 18 Ogos, mengalami gejala batuk dan sesak nafas pada 21 Ogos dan mendapatkan rawatan pada 24 Ogos.

-Ujian saringan menunjukkan beliau positif Covid-19 dan meninggal dunia pada 29 Ogos jam 5.10 petang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain