suria

Dua kes positif Covid-19 termasuk seorang pelanggan tetap kedai nasi kandar Sivagangga

Malaysia merekodkan dua kes baharu positif Covid-19 pada Isnin. Foto: Bernama

SEBANYAK dua kes baharu positif Covid-19 direkodkan pada Isnin, menjadikan keseluruhan 9,001 kes setakat ini.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 208 kes di mana pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada dua kes baharu yang telah dilaporkan, kedua-duanya merupakan kes penularan dalam negara yang melibatkan warganegara Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: 14 kes baharu Covid-19, 13 daripadanya kluster PUI Sivagangga Kedah

"Perincian penularan Covid-19 seperti berikut, di Kedah, satu kes pelanggan dari Kluster PUI Sivagangga.

"Di Wilayah Persekutuan Labuan, satu kes saringan di lapangan berkaitan pelajar kolej vokasional. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Labuan," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media pada petang Isnin.

Sivagangga adalah sebuah restoran nasi kandar di Napoh, Jitra di Kedah di mana beberapa pekerja premis itu dikatakan pulang dari luar negara tetapi tidak mematuhi SOP kuarantin wajib.

Menurut Dr Noor Hisham, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 125 kes kematian.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak kekal 125 kes," ujarnya.

Sehingga hari ini, empat kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,668 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, satu kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut adalah perincian kes baharu Kluster PUI Sivanggangga:

Kes ke-9,000 merupakan seorang pelanggan tetap di kedai makan di mana pemiliknya terlebih dahulu dijangkiti Covid-19 selepas pulang dari India dan tidak mematuhi syarat perintah kuarantin.

Beliau telah menjalani saringan Covid-19 di sebuah klinik swasta pada 27 Julai dan keputusan saringan rapid test kit antibodi didapati negatif ketika itu.

Pada 31 Julai, beliau mula mengalami gejala demam dan batuk namun tidak menghubungi pejabat kesihatan daerah atau klinik kesihatan terdekat untuk rawatan segera.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain