suria

AirAsia lancar promosi istimewa, tawar diskaun 20 peratus untuk penerbangan domestik... pelanggan boleh mula tempah tiket sekarang!

AirAsia menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus untuk semua tempat duduk bagi penerbangan domestiknya.

DISKAUN sebanyak 20 peratus ditawarkan oleh syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Group Bhd untuk semua tempat duduk bagi penerbangan domestiknya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata AirAsia telah merekodkan jumlah pelancong domestik yang memberangsangkan selepas ia menjual lebih daripada 500,000 tempat duduk pada bulan Julai, terutamanya pada waktu puncak hujung minggu lepas sempena cuti Hari Raya Aidiladha.

ARTIKEL BERKAITAN: AirAsia kembali benarkan penumpang bawa dua bagasi kabin tak lebih 7 kilogram

"Promosi ini juga tepat pada masanya untuk pelajar universiti, ibu, bapa dan pensyarah yang perlu melakukan perjalanan bagi semester yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

"Kami meminta semua penumpang untuk mematuhi semua langkah keselamatan seperti selalu memakai memakai pelitup muka, kerap membasuh tangsan dan tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum pesawat mereka berlepas," kata Riad.

Sementara itu, pelanggan boleh menempah tiket mulai sekarang sehingga 9 Ogos untuk tempoh perjalanan antara 17 Ogos hingga 6 Disember tahun ini dan AirAsia juga memberikan fleksibiliti yang lebih baik bagi penumpang yang terbang hingga 31 Disember 2020, yang membolehkan penumpang mengubah tarikh penerbangan mereka dengan mudah pada bila-bila masa tanpa caj pertukaran penerbangan. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

AirAsia, diskaun, domestik

Artikel Lain