suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia catat 21 kes positif Covid-19, kesan 3 kluster baharu puncanya dari luar negara

Malaysia merekodkan 21 kes positif Covid-19 pada Jumaat.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 21 kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,861 kes setakat Jumaat.

Daripada 21 kes baharu yang telah dilaporkan, 16 merupakan penularan tempatan manakala baki selebihnya merupakan kes import.

ARTIKEL BERKAITAN: Turun satu angka... Malaysia catat 9 kes positif Covid-19,3 daripadanya jangkitan import

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 123 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 123 kes," ujarnya pada Jumaat petang.

Sehingga hari ini, tiga kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,577 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, lima kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat tiga kluster baharu iaitu Kluster Elsa, Kluster PUI Ramnad dan Kluster PUI Al Khobar.

Tiga kluster tersebut merupakan penularan di dalam negara yang telah berpunca daripada kes import.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain