suria

Turun satu angka... Malaysia catat 9 kes positif Covid-19, 3 daripadanya jangkitan import

Malaysia mencatatkan sembilan kes positif Covid-19 baharu pada Khamis

TERDAPAT sembilan kes baharu positif Covid-19 dilaporkan pada Khamis, menjadikan keseluruhan 8,840 kes setakat ini.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 143 kes dan pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan di hospital

Daripada sembilan kes tersebut, tiga kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan satu warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara yang mempunyai keluarga yang menetap di Malaysia atau dibenarkan masuk di atas urusan kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: 16 kes positif Covid-19 setakat Rabu, 2 kluster baharu dikesan KKM

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, daripada enam kes penularan dalam negara, empat kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia manakala baki dua kes melibatkan bukan warganegara.

Beliau juga memaklumkan, tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan kes kematian keseluruhan kekal 123.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 123 kes," ujarnya dalam sidang media pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat lapan kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah 8,574 kes pulih keseluruhan.

Sehingga kini, hanya lima kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain