suria

Harga RON95, RON97 turun... diesel juga sama

Hal itu itu diumumkan Kementerian Kewangan Malaysia menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

HARGA runcit RON95 dan RON97 turun empat sen, diesel turun lima sen.

Demikian umum Kementerian Kewangan Malaysia menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

"Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 4 sen seliter iaitu daripada RM2.02 seliter kepada RM1.98 seliter.

"Harga runcit petrol RON95 turun sebanyak 4 sen seliter iaitu daripada RM1.72 seliter kepada RM1.68 seliter.

"Harga runcit diesel turun sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM1.87 seliter kepada RM1.82 seliter," ujar kenyataan itu.

Menurut kementerian itu, harga runcit yang ditetapkan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) itu berkuatkuasa bagi tempoh 25 Julai sehingga 31 Julai 2020.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

RON95, RON97, diesel

Artikel Lain