suria

Padah selamba lepak kedai makan pakai tag pink, lelaki dikompaun RM1,000

Seorang lelaki dikompaun RM1,000 kerana ingkar arahan kuarantin di rumah selepas didapati makan di sebuah restoran. Gambar hiasan

PADAH ingkar arahan kuarantin di rumah, seorang lelaki dikenakan kompaun.

Seorang lelaki berusia 51 tahun dikompaun RM1,000 kerana ingkar arahan kuarantin di rumah selepas didapati makan di sebuah restoran di Kampung Jering, Ayer Tawar di Lumut, Perak, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, lelaki itu didapati memakai gelang tangan merah jambu di bawah perintah kuarantin Covid-19.

"Pemeriksaan pada gelang dipakainya mendapati kuarantin ke atasnya bermula pada 18 Julai lepas hingga 1 Ogos ini selepas pulang dari Singapura.

"Dia dapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Nor Omar meminta orang ramai memaklumkan kepada polis sekiranya ada individu yang memakai gelang merah jambu berada di tempat awam.

"Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melanggar perintah kuarantin di rumah," katanya. - Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

tag pink, kuarantin,

Artikel Lain