suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia catat 10 kes baharu positif Covid-19, empat daripadanya kes import

Malaysia catat 10 kes baharu positif Covid-19 pada Sabtu. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 10 kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,616 kes setakat Sabtu.

Daripada 10 kes baharu yang telah dilaporkan, empat merupakan kes import jangkitan luar negara (satu warganegara, tiga bukan warganegara) dan enam kes penularan tempatan (empat warganegara, dua bukan warganegara).

ARTIKEL BERKAITAN: Kes positif Covid-19 di Malaysia kekal satu angka, terbaharu catat 6 kes

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 121 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan media pada Sabtu petang.

Sebanyak 14 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada Sabtu menjadikan 8,308 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, dua kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain