suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes positif Covid-19 di Malaysia kekal satu angka, terbaharu catat 6 kes

Malaysia catat enam kes positif Covid-19 pada Jumaat.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan enam kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,606 kes setakat Jumaat.

Daripada enam kes baharu yang telah dilaporkan, lima merupakan kes import jangkitan luar negara (empat warganegara, satu bukan warganegara) dan satu kes penularan tempatan melibatkan warganegara.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 kes positif direkodkan, Bukit Broga ditutup kepada orang ramai mulai Sabtu

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal dengan 121 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 121 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jumaat petang.

Sehingga hari ini, 23 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,294 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, dua kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain