suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga runcit RON95, RON97 naik tiga sen

RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen berkuatkuasa tengah malam ini.

HARGA runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik sebanyak tiga sen bermula tengah malam ini.

Menurut perincian harga terbaharu itu, RON97 naik daripada RM1.86 sen seliter kepada RM1.89 seliter.

Bagi RON95 pula, harga pada minggu lepas pada paras RM1.56 sen seliter naik kepada RM1.59 seliter.

Untuk diesel pula, harga runcit naik empat sen daripada RM1.73 sen seliter kepada RM1.77 seliter.

Harga runcit itu ditetapkan bagi tempoh 20 hingga 26 Jun depan.

Menurut Kementerian Kewangan, kenaikan itu dipengaruhi perubahan harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

harga runcit, petrol, RON95, RON97

Artikel Lain